Thursday 12 May 2016

B Complex


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik 

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita. 

B yang Lengkap dan Seimbang 

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. 

• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.* 
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.* 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Perbezaan Shaklee: 

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama didunai dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran yang bersifat sintetik. B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuk lah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan memalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari. 

Manfaat Utama: 

· Menukarkan makanan kepada tenaga – Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan. 

· Melawan tekanan – Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

· Membantu tumbesaran – Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak, membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang. 

· Rambut beruban dan gugur – Membaiki masalah kulit kepala , kelemumur, rambut gugur, beruban serta mengekalkan kesihatan rambut. 

· Baik untuk mata – Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus. 

· Mencegah Anemia – Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuh darat/laut.

· Meredakan senggugut – Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

· Mencegah perlcche – Dikenal juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau. 

· Detoksifikasi – Meredakan alahan. Bagaimana memilih B-Complex yang Baik? 

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)

 2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. 

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar. 

4. Elakkan pengambilan B-Compleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release).

No comments:

Post a Comment